Monday 9 November 2009

Nak mekap kereta? Baca sini dulu - JPJ


Pengubahsuaian kecil atau pemasangan alat kelengkapan tambahan yang dibenarkan tanpa perlu mendapat kebenaran JPJ

Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah JPJ, terutamanya pengubahsuaian atau pemasangan yang tidak memberi kesan kepada ciri-ciri, kestabilan dan keselamatan kenderaan berkenaan seperti:-

1. Pemasangan air spoiler di bahagian hadapan dan belakang.
2. Pemasangan side skirt, aerofoil dan door visor pada kereta.
3. Pemasangan protecting guards pada bahagian hadapan dan belakang kereta.
4. Pengubahsuaian kecil pada radiator grilles, bonet atau bentuk serta rekabentuk lampu-lampu.
5. Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (sama ada jenis keluli atau fibreglass) pada bahagian hadapan dan belakang.
6. Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
7. Pemasangan para bumbung.
8. Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber).
9. Pemasangan spot light atau lampu halogen (kedua-duanya berwarna putih dan kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu yang sedia ada.
10. Pemasangan pengadang angin, penutup lampu fibreglass dan penutup enjin fibreglass pada bahagian hadapan motosikal di mana aksesori-aksesori ini tidak terkeluar dari hujung pemegang motosikal.

Pemasangan alat kelengkapan tambahan yang tidak dibenarkan

1. Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
2. Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau.
3. Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
4. Pemasangan spot light di bahagian belakang kereta.
5. Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70%.

Nota: Walau bagaimanapun, penggunaan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna di bahagian atas cermin hadapan sebanyak 20% dari lebarnya dan di cermin tingkap sukuan boleh dibenarkan.Senarai di atas boleh diubah dari masa ke semasa

Jenis jenis pengubahsuaian yang perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada JPJ

Jika pengubahsuaian dan pemasangan alat kelengkapan tambahan boleh mengakibatkan perubahan besar kepada rupa bentuk, ukuran, kestabilan dan keselamatan serta ciri-ciri asal kenderaan motor tersebut, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu dari pihak JPJ. Contohnya:-

1. Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor.
2. Pengubahan ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan.
3. Pengubahan dari kereta saloon kepada kereta convertible.
4. Pengubahan ke atas sistem bahanapi.
5. Pengubahan ke atas sistem brek.
6. Pengubahan ke atas sistem steering.
7. Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
8. Penggunaan badan fibreglass bagi menggantikan badan keluli.
9. Penukaran enjin.
10. Pemasangan Sunroof di atas bumbung

Untuk rujukan lanjut, sila klik sini

Monday 12 October 2009

Tahukah Anda?


1. Tahukah Anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Tahukah Anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Tahukah Anda Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

6. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

7. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

8. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, akhlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

9.Tahukah Anda... tahukah anda... tahukah anda.......... walaupun hidup beribu-ribu tahun, anak cucu bertimbun-timbun, kalau tak sembahyang tak ada gunanya.

Sunday 27 September 2009

Lenggong - Warga Emas perlu bantuan

Photobucket
LENGGONG - Sambutan Aidilfitri tidak bermakna buat pasangan suami isteri warga emas yang hidup dalam keadaan penuh kedaifan dan tanpa bekalan air bersih di Kampung Cherakoh, Durian Pipit dekat sini.

Tanpa dikurnia cahaya mata sepanjang 44 tahun perkahwinan, Bidin Mat, 91, dan Rafeah Karim, 67, menghabiskan sisa-sisa hidup mereka di sebuah rumah usang di tebing Tasik Raban.

Tambah menyedihkan, sejak lebih setahun lalu, penglihatan Bidin telah hilang dipercayai akibat masalah katarak mata dan dia kini terlantar sakit hampir sepanjang masa.

Rafeah berkata, oleh kerana keuzuran suaminya, mahu atau tidak beliau terpaksa mengerahkan tenaga tuanya untuk mencari rezeki demi sesuap nasi.

"Saya mengambil upah menoreh di kebun getah milik penduduk kampung dan dapatlah kira-kira RM200 sebulan.

"Biasanya minta tolong jiran-jiran beli barang keperluan sebab kami tiada kenderaan dan kedai jauh pula," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cherakoh baru-baru ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati bumbung rumah yang didiami pasangan warga emas itu sejak lebih 30 tahun lalu banyak berlubang selain tidak mempunyai tandas kumbahan dan bekalan air bersih.

Menurutnya, selain menadah air hujan, dia juga menimba air tasik berhampiran untuk digunakan sebagai kegunaan harian seperti memasak, membersihkan diri dan beribadat.

Rafeah juga mendakwa didatangi beberapa pengawai Jabatan Kebajikan Masyakarat (JKM) kira-kira setahun lalu namun sehingga kini masih tiada sebarang bantuan dihulurkan.

"Mereka datang buat soal selidik dan ambil gambar kami dan rumah ini. Lepas itu terus senyap sampai sekarang," katanya.

Wallhualam

Oleh MOHD.AZLI ADLAN

Tuesday 15 September 2009

Cikgu oh Cikgu


Renung-renungkan lah.....

"Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.


Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”

Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu."

Tuesday 8 September 2009

PENCEGAHAN H1N1 ADALAH - Bawang Putih!!!


Terkejut???itulah pencegahan untuk H1N1 (bukan rawatan ye).Saya juga terkejut bila mengetahuinya. Dan yang lebih menarik ianya diakui oleh rakan Doktor ketika saya berbual tadi.

1.Bawang putih boleh meningkatkan kadar antibodi dalam badan.
2.Bawang putih digunakan dalam ubat-ubatan pencegah selsema,anti-astimin(kira semua ubat berkaitan dengan paru-paru)jangkitan H1N1 kat paru-parukan?
3.Bawang putih adalah anti penularan penyakit...tak caya...kalau kena bisul,cuba potong bawang putih dan sapu getahnya kat bisul tadi,adakah dia akan menular? Jawapannya TIDAK!!!!Bisul akan kecut dan mati sendiri.
4.Kalau selsema,tumbuk bawang putih dan masukkan dalam air panas,kemudian hirup wapnya,selsema akan pulih...tak caya...cubala
5.Kalau bengkak2,ambil bawang putih hancurkan dalam minyak dan sapu kat tempat bengkak tadi...mujarabkan?

Sebenarnya banyak lagi kebaikkan bawang putih.Ia selalu dirahsiakan dari kita.

Saya ambil contoh disini...kalau anda pernah nampak bangsa asing memasak(masak BABI contohnya)kenapa begitu banyak bawang putih dimasukkan.Kalau rancangan masakkan luar negara,kenapa bawang putih adalah salah satu yang utama dan begitu banyak digunakan?

Jadi kat sini saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang cara rawatannya

1.Bakar satu labu bawang putih,bila dah lembik keluarkan isinya, hancurkan dan masukkan dalam sup atau bahan berkuah
2.perbanyakan penggunaan bawang putih dalam masakan
3.Ambil tablet atau kapsul bawang putih yang dijual di farmasi di seluruh negara...mesti ada sebab kenapa ianya dijualkan.
4.dan kalau boleh amalkan selalu penggunaanya.

Saya ingin sama2 berkongsi apa yang saya tahu,jika ada salah silap pohon ampun dan maaf,Jika fakta yang diberi tidak betul,jangan la saman saya.Tak salah kita mencubanya.Insya-Allah

Tolong Sebarkan...semoga Allah merestui kita...amin

Saturday 5 September 2009

Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2010

Para pelajar Tingkatan 3 yang berminat untuk memasuki Tingkatan 4 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah dipelawa untuk membuat permohonan sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan sebanyak 57 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 4.
Aliran

Ketika ini ada sebanyak 57 buah SBP di seluruh negara dengan pelbagai kombinasi aliran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama dan Teknikal untuk pelajar Tingkatan 4. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran. Ketika ini ada 54 buah SBP menawarkan aliran Sains Tulen, 15 buah SBP menawarkan aliran Sains Tulen Agama, 1 buah SBP menawarkan aliran Agama dan 27 buah SBP menawarkan aliran Teknikal di seluruh negara.
Pakej Mata Pelajaran

Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;

Aliran Sains Tulen (ST)
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam/ Moral, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, EST(pilihan)

Aliran Sains Tulen Agama (STA)
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi,Matematik Tambahan, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah.

Aliran Agama (A)
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Matematik Tambahan

Aliran Sains Teknikal (T)
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam/ Moral, Fizik, Kimia, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, EST(pilihan)
Permohonan

* Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.
* Borang Permohonan ini hendaklah dicetak dan mesti ditandatangani oleh pemohon dan dihantar kepada Pengetua untuk disahkan. Pihak sekolah akan menghantar borang yang telah disahkan kepada PPD atau JPN.

Maklumat

* Sila kunjungi Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 4 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.
* Sila semak Senarai SBP untuk mengetahui SBP dan aliran yang ditawarkan.

Tarikh Tutup

Permohonan untuk ke Tingkatan 4 SBP 2010 akan ditutup pada 15 Oktober 2009.

sumber: eputra

Wednesday 19 August 2009

Barah Otak- Adik ini perlu bantuan


Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKKKP), PAS Kawasan Kubang Pasu dengan kerjasama badan bukan kerajaan (Ngo) iaitu Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) akan menggerakkan usaha mengumpul dana bagi membiayai kos rawatan adik Muhammad Qawiem Ad-Din, 3 tahun yang menghidap sakit barah otak.

Menurut Setiausaha LKKKP, Hj Hashim Abu bahawa, pihaknya telah ditemui oleh ibubapa serta kanak-kanak (Muhammad Qawiem) yang menghidap barah otak di pejabat Pembela awal minggu ini memohon sumbangan pembiayaan rawatan kerana tidak lagi mampu untuk disediakan.

Sehubungan itu, LKKKP kerjasama Pembela akan melancarkan kutipan dana tersebut bermula hari ini (18 Ogos) selama 10 hari untuk diserahkan kepada waris kanak-kanak tersebut yang akan mengadakan siri rawatan sehingga 5 tahun.

Hj. Hashim berkata, pihaknya rasa terpanggil mengambil inisiatif mencari sumber kewangan bagi membantu membiayai kos rawatan adik Muhammad Qawien Ad-Din yang menghidap barah otak, memandang ibubapanya tidak mampu menyediakan dana yang mencukupi untuk menampung kos rawatan kanak-kanak tersebut”.

“Usaha yang dilakukan ini adalah di atas kesedaran, juga melaksanakan tanggungjawab kemanusiaan ke atas mana-mana individu yang ditimpa masalah seperti kanak-kanak tersebut, katanya.

Katanya lagi, bapa kepada kanak-kanak tersebut juga memaklumkan kepada pihaknya bahawa masalah kesihatan yang dihidapi oleh anaknya adalah amat serius dan perlu mendapatkan rawatan segera dan intensif selama 5 tahun dan kos rawatan perlu disediakan sendiri”.

Sementara itu, bapa kepada Muhammad Qawiem iaitu Ridzuan Musa berkata, anaknya mula diketahui menghidap barah otak setelah membuat pemeriksaan dan rawatan dari pihak Hospital Sultanah Bahiyah (HBS) Alor Setar pada pertengahan Julai tahun ini.

“Apabila mendapat tahu bahawa anak saya menghidap barah otak… pihak HBS telah memindahkan kes anak saya ke Hospital Besar Pulau Pinang (HBPP) bahagian Pakar Pembedahan Otak untuk membuat rawatan lanjut, katanya.

Katanya, setiap kali menjalani rawatan di HBPP, saya kena menyediakan sejumlah wang bagi menampung kos rawatan tersebut…. pendapatan saya hanya sekitar RM 800 sebulan”.

“Pendapatan saya kecil dan tak cukup.. wang gaji tersebut juga digunakan untuk menyara makan-minum serta persekolahan tiga orang anak lagi, katanya kepada wakil LKKKP dan Pembela di Jitra.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden Pembela, Mohd Dzohir Hamid yang ditemui di pejabatnya berkata, pihaknya akan melancarkan kutipan derma dengan LKKKP bermula 18 Ogos bagi membantu kanak-kanak tersebut”.

“Kutipan derma tersebut akan di buat dalam pelbagai bentuk seperti jualan kupon jamuan berbuka puasa, berkerjasama dengan pihak masjid membuat kutipan kilat ketika solat Jumaat, di samping akan mengutip dari orang ramai di tempat-tempat awam, katanya.

Dzohir berkata, “Insya allah semua kutipan sumbangan orang ramai akan diserahkan kepada ibubap dan kanak-kanak tersebut pada 28 Ogos (7 Ramadhan) depan.

Oleh itu, mana-mana individu yang ingin membantu meringgan bebanan yang ditanggung oleh ibupada kanak-kanak barah otak tersebut boleh menghubungi di talian (019-4980230 / 019-4106863) ataupun berurusan terus dengan Ridzuan Musa bapa kepada kanak-kanak tersebut di talian ( 013-505 8847 ).atau boleh terus masukkan sumbangan anda ke no Akaun Maybank : 152068705183 di atas nama NORHASRINA BT MOHD NOR --

Monday 10 August 2009

Apa tema hari Kemerdekaan tahun ini?


Sambutan Hari Merdeka 2009 kali ini akan berlangsung dalam bulan Ramadhan dan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Difahamkan ini adalah pertama kalinya sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan di dalam stadium. Tema hari kemerdekaan ke 52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia

Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Sementara itu logo 1 Malaysia ini dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.

Lirik Lagu 1 Malaysia

Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

Video Lagu 1 Malaysia



Lagu ini boleh juga dimuat turun di Lagu 1 Malaysia.

Pelbagai acara akan diadakan selama sebulan sempena sambutan kemerdekaan akan diisi dengan pelbagai kegiatan yang akan bermula dari 12 Ogos hingga 10 Oktober. Sambutan yang dipanggil Bulan Kemerdekaan ini akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada 12 Ogos dan berakhir di Kuching, Sarawak pada 10 Oktober dengan perayaan Hari Malaysia.

Tema, logo dan lagu bagi sambutan kemerdekaan ke 52 ini sebenarnya berasaskan slogan dan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

Saturday 8 August 2009

John 3:16 ... tahukah anda?


Pernahkah saudara semua terserempak dengan anak-anak muda kita yang memakai baju yang bertulis cop besar JOHN 3:16. Bila ditanya mereka tidak tahu apa maknanya. Mungkin nama kumpulan Rock, atau selebriti sukan atau hiburan kerana ianya dicop dengan cantik dan tiada logo agama lain atau menghina Islam.

John 3:16 adalah ayat daripada Bible yang sering digunakan di negara barat terutama di Amerika Syarikat yang bermaksud "Tuhan menyintai dunia ini dan dia megirimkan anak lelakinya (Isa), supaya semua orang yang percaya kepadanya tidak akan menemui kebinasaan dan akan menghayati hidup yang kekal abadi".

Tidakkah saudara semua merasa sedih atas apa yang berlaku, apakah sumbangan saudara dalam menyedarkan generasi Islam di Malaysia, sedangkan kita sendiri tidak berilmu untuk mengetahui mana yang benar mana yang salah ? Ayat John 3:16 ini boleh membawa kepada syirik yang besar (harap mereka yang arif dan bergelar ustaz membetulkan pendapat saya mengenai hukumya)

JOHN 3:16"For God so loved the world that he gave his only Son, so that everyone who believes in him will not perish but have eternal life.

Harap ambil lah iktibar..

Tuesday 28 July 2009

IBADAH PUASA - BUKAN SYAMPU RAMBUT 2 DALAM 1

Sudah tentu ramai yang telah mula menjalankan ibadat puasa sunat. Tidak kurang juga yang merancang untuk qadha’ puasa pada masa ini. Lagi-lagi sekarang bulan Syaaban, bolehlah dapat pahala puasa lebih kan. Sebenarnya boleh ke kita puasa qadha’+sunat sekaligus? Boleh ke tak? Artikel ni dipetik dari buku karangan Ustaz Hafiz Firdaus, beliau seorang juruterbang juga merangkap sebagai professional ustaz (PROTAZ). Beliau menegaskan ibadah puasa tidak boleh dengan suka hatinya digabung2kan.. Jom kita baca.


Terdapat pandangan yang amat masyhur di Malaysia yang membolehkan puasa 2 dalam 1, iaitu puasa qadha’ Ramadhan dan puasa sunat Syawal dilaksanakan dalam satu hari. Ramai agamawan yang menyampaikan petua ini tanpa apa2 dalil al-Quran dan al-Sunnah yang sahih.
Tidak kurang pula, ramai orang bukan agama yang menerima petua ini tanpa bertanya apakah dalil al-Quran dan al-Sunnah yang sahih yang membolehkannya. Mereka menjadikan persoalan ini semudah syampu 2 dalam 1. Padahal ia adalah satu persoalan y amat berat.

Prof Dr Hasbi al-Shiddieqie rahimahullah (1394H) menjelaskan:
Kemudian hendaklah diketahui bahawa mencampurkan niat puasa sunat dgn puasa fardhu yang lain atau dgn puasa sunat yang lain, maka puasanya TIDAK SAH, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat. Dalilnya ialah firman Allah, “Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dgn mengikhlaskan ibadat kepadaNya”. [al-Baiyinah 98:05]

Ikhlas yang dmaksudkan dalam firman Allah ini ialah mengikhlaskan amal ibadah yang disuruh dgn cara yang disuruh. Demikian menurut Imam Malik, al-Shafi’e dan Abu Sulaiman. Kemudian perhatikanlah pula hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim drpd A’isyah radhiallahu’anha bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yg mengamalkan sesuatu amal yg tidak ada atasnya tuntutan (ajaran) kami, maka amalnya itu tertolak.”

Maka sesiapa mencampur adukkan sesuatu amalan dengan amalan lain, bererti telah melakukan suatu amal yang tiada dilakukan oleh Rasul Allah s.a.w dan tidak dibenarkan oleh Allah s.w.t. Kerana itu, amalan sebegini tidak diterima.

RUJUKAN: AMALAN2 DI BULAN RAMADHAN, USTZ HAFIZ FIRDAUS, JAHABERSA

Friday 10 July 2009

Facebook Ciptaan YAHUDI ?

Tapak jaringan sosial, Facebook, Fb, dicipta pelajar jurusan psikologi gagal menamatkan pengajian di Universiti Harvard, Mark Zuckerberg pada 4 februari 2004. Hampir 5 tahun kemudian, kini Fb mempunyai lebih 175 juta pengguna berdaftar di seluruh dunia.

Hakikatnya, penggunaan Fb menjadi kegilaan masyarakat dunia, tidak kecuali Malaysia. Ahli politik, ahli perniagaan, artis, pelajar institusi pengajian tinggi, pekerja sektor swasta dan kerajaan, antara pengguna berhubung dan bertukar maklumat melalui Fb. Malah ramai jarang tidur malam kerana taksub ‘melayan’ Fb hingga awal pagi kemudian mengantuk di pejabat, mengurangkan produktiviti. Segelintir leka membuang masa bersembang kosong tetapi dilabel ‘berkomunikasi’, justeru perlakuan terbabit diterima ramai. Pada masa sama majoriti mendakwa memanfaatkan fb mengikut keperluan masing-masing.

Pagi tadi, saya mencari maklumat berhubung latarbelakang Zack, saya terbaca beberapa fakta berhubung individu ke 321 terkaya di dunia itu. Dia dilahirkan di New York, Amerika Syarikat. Ayah dan Ibunya, Edward dan Karen Zuckerberg berketurunan Yahudi. Maksudnya Mark Zuckerberg, Yahudi. Sekaligus Fb, ciptaan Yahudi.

Selama ini umat Islam di seluruh dunia memboikot barangan keluaran Yahudi, mengapa tidak Fb?
Tiba-tiba saya terkenang kekejaman Yahudi tidak berkesudahan di Gaza. Kanak-kanak tidak berdosa ditembak mati, nyawa wanita dan lelaki Islam tidak bermakna bagi kaum dilaknat.

Justeru, hari ini, Jumaat, 10 Julai 2009, saya secara rasmi memberhentikan semua bentuk penggunaan berhubung Facebook. Biarpun tindakan ini barangkali hanya meninggalkan sekelumit kesan kepada kaum Yahudi, itu sumbangan saya.

Apapun, tindakan saya berbentuk PERIBADI. Keputusan pengguna Fb lain, mungkin berbeza.

Wednesday 8 July 2009

Warna mempengaruhi 'mood' anda?


Seringkah Anda merasa tubuh kurang selesa? Bukan hanya tubuh, tetapi hati dan perasaan pun tidak selesa.

Hal sedemikan sering dipanggil “mood”. Tubuh Anda tidak sakit, tetapi tidak ada merasa untuk melakukan sesuatu. Jangan terburu-buru berpikir anda mempunyai penyakit. Jangan-jangan tubuh anda hanya kekurangan salah satu unsur warna saja.

Warna, sejak zaman Mesir Kuno memang sudah dipercayai mempunyai pengaruh yang besar pada tubuh (fizik, emosi, dan mental) manusia. Warna mempengaruhi aura tubuh sehingga jika tubuh berlebihan atau kekurangan salah satu warna, akan terjadi ketidakseimbangan tubuh yang akhirnya mempengaruhi mood dan kesihatan tubuh.

Menurut Gitta S van Engelen, pengamal terapi warna, warna memang mempunyai kekuatan untuk tubuh. Warna bukanlah ubat, tetapi ia bisa membantu proses penyembuhan sebuah penyakit lewat gelombang atau vibrasinya. Dalam buku Colour Therapy, Pengaruh Dan Kekuatan Warna Dalam Kehidupan dikatakan, terapi warna adalah penyembuhan sebuah penyakit dengan mengaplikasikan warna-warna yang tepat untuk penyembuhan dalam bentuk yang lebih efektif berbanding sinaran matahari.

Contoh sederhana bahawa warna sangat mempengaruhi tubuh jika seseorang masuk ke ruangan yang berwarna hitam kelam atau coklat tua. Tubuh dan pikiran orang itu tidak akan rasa berlama-lama di ruangan itu. Jika ada warna yang membuat tubuh dan fikiran merasa tidak selesa/sedap, tentu ada kombinasi warna lain yang boleh membuat orang merasa rileks dan tenang.

Terapi Warna Menyeimbangkan Aura Tubuh
Warna mempengaruhi setiap orang, walau apa pun isinya. Oleh kerana itu terapi warna juga boleh diterapkan pada kanak-kanak dengan keperluan khusus seperti sindrom down, autis, kanak-kanak dengan kecerdasan di bawah normal, disleksia, kanak-kanak kesulitan untuk belajar dan sebagainya.

“Penggunaan terapi warna sangat membantu anak-anak untuk menyalurkan marahnya. Mereka mengamuk kerana orang lain tidak mengerti apa yang mereka inginkan. Jika mereka terlatih untuk menjalani terapi warna sendiri, mereka boleh menghilangkan rasa marah itu dengan menyerap warna tertentu,” kata Gitta yang mempraktikkan terapi warna di sekolah International Center for Special Children in Education, Jakarta Selatan.

Aura kanak-kanak dengan keperluan khusus biasanya tidak seimbang. Aura mereka cenderung berwarna hitam. Namun setiap kanak-kanak mempunyai peningkatan kecenderungan yang berbeza.

“Terapi warna tidak boleh diberikan kepada seluruh murid sekaligus kerana keperluan mereka berbeza-beza. Biasanya saya melakukan bertanya dulu, baru menentukan warna apa yang mereka perlukan pada saat itu. Sebaiknya sebelum melakukan terapi warna, bincang dulu dengan ahli terapi warna untuk menentukan warna apa yang tubuh kita perlukan,” jelas Gitta.

MENENTUKAN warna yang diperlukan memang sebaiknya dilakukan oleh ahli terapi warna. Namun seseorang boleh medapatkan sendiri warna yang diperlukan. Yang perlu diingat, tubuh memiliki tujuh buah cakra yang sangat dipengaruhi oleh warna.

Dalam buku Colour Teraphy ditulis:

Warna merah - berhubungan dengan cakra dasar yang mempengaruhi kecergasan, kekuatan, seksualiti, dan kesedaran. Merah boleh mengatasi anemia, kekurangan tenaga, mati pucuk, tekanan darah rendah, penyakit kulit, dan jangkitan saluran kencing.

Warna Jingga - berhubungan dengan cakra limpa yang mengatur sirkulasi dan metabolisme. Warna ini juga berhubungan dengan kegembiraan dan keceriaan.

Kuning - berhubungan dengan dengan cakra solar plexus yang mempengaruhi intelektual dan mengambil keputusan. Warna kuning juga boleh mengawal konsentrasi haid.

Hijau - berhubungan dengan cakra jantung. Hijau adalah warna penyembuh kerana ia menyeimbangkan dan menstabilkan tenaga tubuh.

Biru - berhubungan dengan cakra kerongkong. Warna ini sangat menenangkan dan sangat baik untuk insomnia, melegakan bawah pinggang , asma, dan migran.

Ungu - merupakan warna cakra mahkota dan berhubungan dengan tenaga dari fungsi fikiran tertinggi . Warna ini membantu meningkatkan rasa percaya diri, mengurangi rasa tidak berdaya, serta mengubati kelainan mental dan saraf.

Hitam - sering dikaitkan untuk menekan nafsu makan. Bagi yang ingin mengurangi berat badan, pakailah lapik berwarna hitam untuk meja makan.

Terapi warna boleh dilakukan sendiri dengan berbagai cara, lakukan maksima empat kali seminggu. lakukan selama lima hingga 10 minit setiap kali terapi, bergantung yang diperlukan. Gitta mengingatkan, jika rasa sudah tidak sedap, segera hentikan kerana bererti tubuh sudah cukup menerima warna itu. Namun jika tubuh masih merasa rileks dan sedap, terapi boleh diteruskan sampai tubuh merasa cukup.

Cara terapi warna sangat banyak. Kita boleh menggunakan ruangan kecil dengan lampu berwarna. Di ruangan itu kita tidur dengan santai sambil mendengar muzik yang sesuai. Jika perlu, biarkan kulit terbuka tanpa penutup agar penyerapan warna lebih banyak.

“Jika ukuran bilik hanya 2×3 meter, cukup menggunakan lampu ukuran lima hingga 15 watt. Tetapi jika ruangannya besar, gunakan besaran watt yang lebih tinggi. Namun sinarannya harus dipantulkan dulu agar tidak terlalu cepat sampai ke kulit,” kata Gitta.

Selain itu, orang juga boleh memegang benda dengan warna yang kita perlukan, termasuk memakai baju dengan warna-warna yang diperlukan.

“Walau tidak secepat sinar, gelombang warna yang ada pada baju mampu merembat masuk melalui kulit. Jadi kalau kita ingin merasa berani, pakailah baju warna merah. Bila mahu wawancara pakailah baju warna biru, kerana biru melancarkan komunikasi. Sedangkan warna hitam bisa meningkatkan rasa percaya diri.

Friday 3 July 2009

Tektik Baru Penyeluk Saku Malaysia


KUALA LUMPUR: Sekumpulan geng seluk saku dikesan menggunakan taktik terbaru dengan menyamar seperti orang kurang siuman apabila sengaja mencabut kasut dipakai mangsa bagi mengaburi niat jahat mereka.

Suspek yang bergerak antara dua hingga tiga orang dalam satu kumpulan itu akan sengaja mencabut kasut mangsa sebelum rakan yang lain ditugaskan menyeluk dompet duit dari saku mangsa ketika mangsa sedang tunduk untuk memakai semula kasut yang ditanggalkan.

Dalam kejadian jenayah terbaru petang semalam, seorang pelancong asing dari Sudan menjadi mangsa apabila diperdaya sekumpulan penyeluk saku ‘geng kasut’ terbabit yang menjadikan mangsa sebagai sasaran ketika berada di dalam bas.

Sumber polis berkata, ketika kejadian, mangsa yang juga seorang jurutera petroleum berusia 56 tahun menaiki bas untuk menikmati keindahan ibu kota kira-kira jam 4.40 petang bersama keluarganya.

Difahamkan kejadian terbabit berlaku ketika mangsa bersama ahli keluarganya menaiki sebuah bas dari bangunan KLCC, Jalan Ampang ke China Town, Jalan Petaling, di sini

Sumber polis berkata, kira-kira lima minit selepas menaiki bas berkenaan, tiba-tiba muncul seorang lelaki mendekati mangsa sebelum tiba-tiba tunduk dan membuka kasut mangsa.

“Mangsa yang ketika itu sedang duduk, terkejut apabila lelaki terbabit dengan selamba menanggalkan kasutnya tanpa berkata apa-apa.

“Mangsa yang terkejut dengan perilaku aneh lelaki berkenaan kemudian tunduk untuk memakai semula kasutnya yang tertanggal berkenaan di lantai bas,” katanya.

Menurutnya, ketika itulah mangsa terasa poket belakang seluarnya seperti diseluk seseorang menyebabkan mangsa terkejut dan cuba memeriksa dompet duitnya.

“Tidak sampai beberapa saat selepas itu, mangsa terpinga-pinga apabila mendapati dompet duitnya hilang.

Sumber: Metro

Wednesday 17 June 2009

Sindiket penipuan kerja


Berhati-hati kenkawan,ingat nak tambah duit tapi duit kita yang lebur.Menurut mereka yang menjadi mangsa syarikat berkenaan berada di Jalan Raja Chulan dan di Imbi Plaza, Kuala Lumpur. Berhati-hatilah.

Hajat mahu dapat duit lebih dengan buat kerja sambilan tetapi malangnya menjadi mangsa sindiket penipuan.

Demikianlah nasib tiga sekawan sebuah kolej di ibu negara yang masing-masing kerugian hampir RM200 setiap seorang angkara ditipu sebuah syarikat yang kononnya menawarkan kerja dari rumah.

Lebih menghampakan tiga sahabat itu menggunakan wang yang sepatutnya diguna membeli buku bagi membayar "deposit" kepada syarikat itu.

Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Tan, 19, berkata, tawaran kerja dari rumah itu mula menarik perhatiannya selepas dia terbaca satu iklan dalam sebuah akhbar bulan lalu.

Menurut beliau, hajatnya membuat kerja sambilan adalah bagi menampung perbelanjaan pengajiannya di kolej dan mengurangkan beban terhadap keluarganya.

Kerja yang ditawarkan mudah iaitu hanya menyunting bahan yang diberi melalui penyimpan memori dan gaji yang ditawarkan mencecah sehingga RM750 bagi tempoh seminggu

Sunday 14 June 2009

Menghiasi Kubur.


Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam:

Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata,

"Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur(di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya."

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama
jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana
perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah
dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata' ala.

Wallahualam..

Sunday 7 June 2009

Milo, Nestle & Israel - Apa hubungannya?


Izinkan saya membawa anda semua kembali ke sekitar 100 tahun yang lalu.

Nestle memulakan dinastinya di Malaysia seawal tahun 1912 di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company. Ini bermakna 97 tahun, iaitu hampir 100 tahun Nestle berada di Malaysia. Saya yakin anda yang sedang membaca artikel ini belum dilahirkan lagi ketika itu, dan kemungkinan juga tidak ada upaya untuk hidup sehingga 100 tahun.

Nestle telah meletakkan batu asas empayarnya di sini jauh sebelum perkataan Malaysia itu dapat dieja.

Ini juga bermakna produk Nestle telah pun disuapkan ke mulut rakyat Islam Malaysia sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ia masih lagi disuapkan ke mulut kita yang masih hidup pada hari ini, mungkin juga ke mulut anak-anak kita yang akan menjadi generasi baru pada masa hadapan.
Malangnya setiap suapan itu akhirnya diterjemahkan oleh Nestle sebagai peluru yang digunakan untuk menembak dada saudara kita di Palestin. Dan ini berlaku hampir setiap hari di Palestin, sedang kita begitu enak dan santai sekali menikmati Nescafe untuk minuman pagi dan Milo pada malamnya.

Ada pula yang menikmati minuman Neslo, iaitu gabungan Nescafe dan Milo dalam satu gelas dimana kedua-duanya juga adalah produk Nestle. Gandingan dua produk ini barangkali memberi kepuasan berganda-ganda kepada peminumnya, dimana setiap tegukan itu serentak dengan bedilan berganda-ganda juga ke atas bumi Palestin oleh Yahudi Laknatullah.


Milo dan Nescafe Menjadi Darah Daging Umat Islam Malaysia ? Bukan satu rahsia bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna terbesar minuman Milo di dunia. Fakta ini dijelaskan apabila Nestle menerima anugerah Pingat Emas untuk Malaysia-Canada Business Excellence Award pada 2006. Dinyatakan pada laman web itu:

Malaysia consumes 90% of worldwide consumption of Milo. It is so popular that almost all households have a tin of Milo and it would be almost impossible to find a restaurant that doesn't sell Milo beverages.


Saya terjemahkan di sini:

Malaysia menggunakan 90% daripada penggunaan Milo di seluruh dunia. Ianya amat popular sehingga hampir setiap rumah mempunyai satu tin Milo dan hampir mustahil untuk mencari restoran yang tidak menghidangkan minuman Milo.

Bukankah gila atau lahapnya umat Islam di Malaysia ini sehinggakan sebesar-besar dunia ini, 90% penggunaan Milo itu datang dari rakyat Malaysia semata-mata?
Fakta ini juga pernah dimasukkan dalam Wikipedia berkenaan Milo, tetapi jika anda pergi ke pautan itu kelihatannya fakta tersebut telah dihapuskan. Pautan rujukan ke Anugerah MCBC juga telah dihapuskan dari Wikipedia itu. Saya tidak tahu mengapa dan bila ia dihapuskan dari Wikipedia, tetapi mujurlah saya sempat untuk mengambil screenshot semasa ianya masih ada.


Fakta yang hilang?
Jika anda bandingkan dengan Wikipedia yang terkini, ayat yang menyatakan Malaysia menggunakan 90% Milo itu sudah dihapuskan, atas sebab-sebab yang saya sendiri pun tidak tahu.
Saya tidak fikir jika ada pihak Wikipedia yang menganggap fakta itu salah, memandangkan ianya diakui oleh Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Sullivan O'Carrol dalam akhbar TheStar Online baru-baru ini:

O'Carrol said Milo has been available in the country for almost 60 years and Malaysians were the world's largest consumers of Milo.

Saya terjemahkan di sini:

O'Carrol berkata Milo telah berada di negara ini hampir 60 tahun dan rakyat Malaysia merupakan pengguna Milo terbesar di dunia.


Sullivan akui rakyat Malaysia paling lahap meminum Milo. Sumber>>Adakah kita berbangga dengan kenyataan ini? Kita, rakyat Malaysia, yang beragama Islam terutamanya, begitu berjasa kepada Nestle melalui penggunaan Nescafe dan Milo selama ini.
Produk Nescafe dan Milo ini menyumbangkan keuntungan kepada Nestle sebanyak 63% di Malaysia berbanding produk Nestle yang lain. Dan keuntungan ini digunakan oleh Nestle untuk membantu Israel melenyapkan bumi Palestin.

Hasil jasa baik kita semua ini telah membawa Nestle ke tahap yang tinggi sehingga kini. Sudah tiba masanya untuk kita menjatuhkannya.

Semasa kita umat Islam Malaysia masih setia menggunakan produk Nestle menjadi sebahagian darah daging kita, syarikat itu telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar makanan dari Israel iaitu Osem Investment pada tahun 2000 untuk membina sebuah fasiliti R&D di Sderot, Israel.

R&D itu digunakan sebagai .pusat pembangunan bagi makanan snek (ya, makanan yang kita semua jamah setiap hari itu) dan jutaan dollar dilaburkan untuk operasi R&D tersebut.

Pusat R&D itu dibina di atas tanah haram di bawah kerajaan haram Israel. Dan jutaan dollar dilaburkan ke atas pusat R&D haram itu tiap-tiap tahun. Tanah yang dirampas dari tangisan dan darah umat Palestin itu senang-senang sahaja digunakan oleh Nestle untuk kemudahan dirinya, malah memberi manfaat pula kepada kerajaan haram Israel.

Sebangsat mana lagi kelakuan Nestle yang diperlukan sebelum kita mahu memboikotnya?

Setiap produk Nestle yang kita jamah itu mengandungi satu lagi kandungan ramuan yang terlindung, iaitu darah umat Palestin!

Pada 1998, Peter Brabeck-Letmathe (salah seorang Lembaga Pengarah Nestle, kini sebagai Pengerusi), mewakili syarikat Nestle telah menerima Jubilee Award disampaikan oleh Perdana Menteri Israel sendiri iaitu Benjamin Netanyahu.

Anugerah Jubli ini adalah yang tertinggi pernah diberikan oleh kerajaan haram Israel sebagai tanda penghargaan kepada individu atau organisasi yang berjasa kepada kerajaan haram tersebut, samada melalui perdagangan atau pelaburan.

Berjasa di sini bermakna individu atau organisasi itu telah membantu ekonomi Israel, meningkatkan kewangannya untuk membeli lebih banyak senjata api untuk membunuh rakyat Palestin, menghalau mereka dari tanahair sendiri dan membina binaan haram di atas tanah yang dirampas.

Membeli produk Nestle bermakna membantu dan mengiktiraf kerajaan haram Israel. Setiap sen yang dibelanjakan untuk membeli produk mereka akan sampai kepada kerajaan haram Israel. Dan Israel akan menyampaikan setiap sen yang kita berikan dalam bentuk peluru yang dibedil ke atas umat Islam Palestin.

Apa Pendirian Kita?
Ramai di antara kita yang hanya pandai merungut.

Macam mana nak boikot kalau dah kedai makan cuma jual Milo je, mana ada produk lain?
Macam mana nak boikot kalau dah kedai runcit cuma ada produk Nestle je, mana ada produk lain?
Pernahkah kita bersuara kepada tauke kedai meminta mereka menukar menu minuman dari Milo kepada jenama lain? Pernahkah kita berkata kepada mereka yang kita tidak mahu jenama Milo, Nescafe, Nesquik, Maggi dan sebagainya? Pernahkah kita mendesak mereka menyediakan jenama lain?

Kebanyakannya akan menjawab TIDAK. Bermakna kita TIDAK melakukan apa-apa tindakan tetapi hanya pandai merungut. Kita tidak bertindak, apatah lagi menyuarakannya.

Lebih malang lagi jika kita langsung tidak peduli untuk memboikot. Mungkin juga menjadi lebih bangsat apabila kita memperlekehkan pula usaha memboikot.

Berapa lama lagi perlu kita tunggu sebelum kita mahu mula memboikot produk Nestle?

Jika kita masih mahu menunggu sehingga Palestin hancur, maka ketahuilah bahawa Palestin telah lama hancur!!

Monday 25 May 2009

CRISPY Haram?

Saya mendapat email mengenai keraguan pembaca mengenai coklat berjenama CRISPY KELUARAN SYARIKAT NETWORK FOODS INDUSTRIES SDN BHD didapati mengandungi EMULSIFIER (E476) iaitu kod lemak babi yang jelas haram di makan oleh umat Islam.

Walau bagaimana pun logo Halal tertera di belakang sampul plastik Crispy tersebut.

Saya googling dan mendapati E476 boleh terdiri dari lemak haiwan atau sayuran. E476 Coklat Crispy ni ambil dari mana ya?

Kalau was-was baik kita tinggalkan... banyak lagi benda yang halal untuk dimakan.

Friday 15 May 2009

Kicap ELIZA - Berhati-hati




Tolong war-warkan pada kengkawan yang lain sebab bukan anak-anak saja yang sukakan kicap, kita mak/bapak pun suka......masak kicap.

Berhati-hatilah kalau cerita ni benar, perlulah kita sebarkan pada semua org....

Dibotol kicap ini tertulis alamat kilangnya ialah di batu 3, Jalan Jelapang, Ipoh . Setahu saya dibatu 3, jalan jelapang cuma ada kilang kicap kepunyaan kaum cina, pekerjanya juga kaum cina.

Lokasinya ialah dipersimpangan jalan jelapang dengan highway ke lumut (ditraffic light).

Kepada yang biasa dengan bandar jelapang, kilang tersebut berada disebelah sungai sebelum memasuki ke taman meru 1a. Terdapat kilang kicap tanpa pagar ... Dan bangunan kayu lama disitu.

Dan dikawasan itulah letaknya batu 3, jalan jelapang dengan berposkod 30020 seperti yang tertera dibotol kicap.

Ermmmm, saya yang hampir sebelum ini 10 tahun tinggal disana pun tak perasan itulah kilang kicap eliza ... Kecuali bila tengok address kilang pada botol tersebut semalam (ahad).

Gunalah kicap dan sos cap "habhal kipas udang". Yang ini taukehnya memang orang islam ... Seorang jutawan yang dermawan tinggal di Kampung Melayu Majidee jb.Produknya pun khabarnya dah sampai ke timur tengah sana ...

Satu lagi cap "tamin" ..... [yusoff yaacob] tapi yang warna hijau tau, bukan cover yang warna merah .yg merah, sudah dijual kpd tokey cina (sudah tentu bukan islam)....

Untuk maklumat u all, setelah diselidiki dan dipantau.....

.....kicap yang tertera dibawah tu.....sememanglah benar, dipunyai oleh seorang taukey cina. Kilang kicap tersebut mengunakan nama orang Melayu agar mereka mendapat keuntungan yang banyak. Sebab rata2 yang mengunakan kicap adalah orang melayu , jadi itu adalah strategi mereka. Oleh yang demikian hindarkan saja untuk membeli jenama tersebut... Semoga apa
yang dimakan hendaklah halal dan sememang nya bersih.

Orang area situ tolong siasat betul ke ni? Soal makanan kena ambil berat sebab jadi darah daging yang menentukan sikap dan kemana kita di akhirat nanti.

Thursday 14 May 2009

Inikah Malaysia? Tawarkan tempat duduk anda ...

Dari inbox admin

This is Malaysian...Please offer your seat! Jangan jadikan diri anda macam mangkuk!!!!



Saya mengambil photo ini pada Isnin 6th April 6.30pm, dalam Komuter from KL Central. Kejadian ini mungkin sudah menjadi lumrah orang zaman ni tapi kita mesti berubah.

Malangnya anda boleh lihat perempuan mendukung anaknya berdekatan dengan pintu. Bayangkanlah bagaimana susahnya dia ketika itu. Anaknya sedang tidur.

Dan tengoklah 4 orang awek yang sedang duduk. Perempuan yang memakai baju kurung kelabu sedang tidur (saya maafkan dia la kerana dia sedang nyenyak tidur dan bangun selepas beberapa stesyen berhenti)

Perempuan berambut panjang yang duduk disebelahnya sedang sibuk SMS. Perempuan yang memakai headphone menawarkan tempat duduknya selepas 15-20 minit (atau mungkin dia perasan saya sedang mengambil gambar).

Dan paling sakit hati...perempuan bert-shirt merah just buat2 tak tau..atau berpura-pura tak nampak akak yang mendukung bayi tu. Selepas perempuan berbaju biru tu offer tempat duduk baru dia cuba melihat-lihat manja baby yang sedang tidur tu.

Apa ini semua??? Pentingkan diri sendiri, tidak pedulikan orang lain, lu lu, gua gua, selfish?

Kejadian ini berlaku kerana kita yang membenarkan ianya berlaku. Kepada yang tidak pernah atau jarang naik LRT,komuter atau lain-lain kenderaan awam ini lah hakikat sebenarnya yang berlaku. Bersyukurlah kerana anda bukan salah seorang yang terpaksa menggunakan kenderaan awam.

Selepas melihat ini apa perasaan anda? Marah, sedih atau buat bodoh jer sebab ni perkara biasa. Cuba anda bayangkan anda di tempat perempuan yang mendukung bayi tersebut. Benda ini tidak mustahil akan berlaku kepada keempat-empat awek ini di masa depan.

Jadikan kebiasaan untuk menawarkan tempat duduk atau meminta orang yang sedang duduk (jika mereka sihat walafiat) untuk menawakan tempat duduk mereka kepada orang yang lemah seperti kes perempuan mendukung bayi di atas, perempuan mengandung, warga emas atau orang yang lemah tanpa mengira bangsa atau agama.

Wednesday 13 May 2009

Apa tindakan anda?

Anak ini memerlukan keperihatinan kita semua...
Assalamualaikum/ Salam sejahtera ,

Penulis sebagai mewakili ahli keluarga adik Nurul Aysha Safiya bt Samsulrizal( 4 tahun), merayu kepada sesiapa yang prihatin agar dapat membantu meringankan beban keluarga adik Nurul.
Adik Nurul baru saja selesai menjalani beberapa kali pembedahan penambahan tulang dibahagian leher akibat tulang leher patah (bukan akibat dari sebarang kemalangan atau penderaan tetapi oleh kerana tulang leher yang lembut dan tidak mampu menampung berat kepalanya dan salah satu faktor adalah kanak-kanak istimewa -down sind ro m). Beliau kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan yang berharga RM40,000 tidak termasuk
kos-kos sampingan (tiub untuk membuang kahak dan air kencing, generator untuk membantu alat penafasan ketika bekalan elektrik terputus).

Memandangkan kos-kos sampingan agak tinggi, diharapkan sumbangan anda serba sedikit dapat membantu meringankan beban keluarga beliau.

Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan memanjangkan berita ini dengan menghantar email kepada saudara2 yang lain.. Setiap satu email yang anda fowardkan akan didermakan $0.01 kepada keluarga adik NURUL. Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!

Hari ini dia susah, kita senang...esok lusa tak mustahil jadi sebaliknya dengan kehendakNYA!
Wallahua ' lam....

Thursday 7 May 2009

Che Nat

Inilah wajah² lesu Che Nat pemuda berumur 19 tahun yang kini terlantar tidak sedarkan diri (Koma) akibat dibelasah oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan.

Che Nat mendapat kecederaan parah di bahagian kepalanya dan sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dibuang. Untuk meneruskan kehidupan Che Nat memerlukan sejenis susu khas yang disalurkan melalui tiub yang di buat di bahagian perutnya.

Untuk menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban perbelanjaan keluarganya, anda boleh menghubungi ayah kepada Che Nat, En. Zulkifli di talian 017-365 1024 atau 03-8724 3629. (Bandar Rinching, Semenyih)

Anda juga boleh turut menyumbang dengan menyiarkan dan mengedarkan kisah penderitaan Che Nat ini melalui blog, email atau mana² forum di internet.

Segala sumbangan boleh dibuat melalui akaun Bank seperti tertera di bawah ini.

(Akaun Baru)
Bank : CIMB Bank Berhad
No. Akaun : 1237-0063702-52-1
Pemegang Akaun : Mohd Zulkifli B. Tajul Arus

Atau

Bank : EONCAP Islamic Bank Berhad
Akaun No: 0665-21-003271-9
Nama : Mohd Zulkifli B. Tajul Arus

Terima kasih kepada mereka yang telah memberikan sumbangan. Semoga Allah melipat gandakan rezeki anda.

Saya berkesempatan menziarahi Che Nat pada Syawal yang ke lima. Berikut adalah perbelanjaan bagi menyara kehidupan Che Nat. Kos perbelanjaan seharian Che Nat amat tinggi jika di bandingkan dengan pendapatan ayahnya yang berkerja sebagai Pengawal Keselamatan di sebuah hospital.

Ayah Amir@Kassim Selamat

*******************

Perbelanjaan Harian:

* Susu sehari 8 tin x RM5.70 = RM45.60 (RM 45.60 x 30 hari = RM1,368.00 sebulan)
* Tiub triki 8 kali x RM3.00 = RM24.00 (Untuk menyedut kahak. RM24.00 x 30 hari = RM720.00 sebulan)

Perbelanjaan Bulanan:

* Beg Plastik Kencing - satu RM2.50 x 4 kali sebulan = RM10.00 (Di tukar seminggu sekali)
* Tiub Kencing (Cathether) - satu RM6.00 x 4 kali sebulan = RM24.00 (Di tukar seminggu sekali)
* Lampin Pakai Buang - RM2.00 sekeping x 30 hari = RM60.00 (Sehari sekeping)

Wednesday 29 April 2009

Rayuan Pesakit buah pinggang Kronik

Saya merayu kepada semua pengunjung blog ini untuk ringankan tangan bagi membantu penderitaan adik Mohd Khairul Nizam bin Azmi. Beliau memerlukan satu bilik kecil khusus dengan anggaran kos sekitar RM 3000 untuk menyimpan alat perubatan dan rawatan harian khairul setiap 4 jam sekali yang dilakukan di rumah.

Salurkan bantuan anda langsung ke akaun pesakit tersebut :

Nama : Mohd Khairul Nizam bin Azmi/Che Jam binti Mat Saleh
Bank : Bank Islam Cawangan Parit Buntar Perak
No.Akaun : 08-022-02-035957-9


Akaun ini khusus dibuka untuk memberi peluang kepada penderma budiman bagi menyegerakan pembinaan bilik yang akan diusahakan secara gotong royong dibawah pengelolaan Pejabat ADUN Titi Serong.

Monday 27 April 2009

Cara Rujukan ke Klinik Mata/Oftalmologi Kerajaan


Jika anda mahukan surat rujukan daripada pusat optometris, mereka memang boleh menyediakannya untuk anda. Surat rujukan itu mungkin boleh diterima oleh klinik-klinik swasta tetapi tidak di hospital kerajaan.

Jika anda mahu mendapatkan pemeriksaan dari oftalmologi dan optometris, maka sila ikut arahan di bawah :

1. Sila dapatkan pemeriksaan di klinik kesihatan atau hospital daerah di Jabatan Pesakit Luar
2. Dapatkan surat rujukan daripada doktor yang merawat anda. Sekiranya mata anda mengalami kesakitan, maka surat itu haruslah ditujukan kepada oftalmologis tetapi jika anda hanya ingin mendapatkan kuasa mata anda, maka surat itu haruslah ditujukan kepada optometris
3. Sebaiknya dapatkan nombor telefon hospital yang mempunyai Jabatan Mata Oftalmologi
4. Hubungi klinik berkenaan untuk bertanya hari apakah yang sesuai untuk anda kunjungi bagi membuat pemeriksaan
5. Jangan lupa untuk bertanya sama ada anda sesuai untuk membuat sepasang kaca mata baru atau tidak. Jika ya, maka kini anda boleh mengunjungi pusat optometri berdekatan anda. Jika tidak, dapatkanlah dulu rawatan yang sesuai untuk mata anda sebelum membuat sepasang kaca mata baru.

Sunday 26 April 2009

Anda bazirkan makanan?

Melihat video pemenang filem pendek di Berlin ini, memberi keinsafan kepada aku. Betapa mewahnya kita makan sampai buang-buang sedangkan ada golongan yang hidup daif terpaksa makan sisa-sisa makanan. Jangan kita menjadi kufur nikmat. Bersyukurlah apa yang ada.


Prihatin kah anda?

LAman web ini dibuat atas dasar keperihatian dalam jiwa ini untuk membantu mereka yang kurang upaya, memperbetulkan yang tidak betul, mengisahkan nasib malang sesetengah pihak dan sebagainya. Jika anda ada sebarang info tentang perkara diatas, ataupun yang bersangkutan dengan keperihatinan anda, boleh lah di emelkan kepada kami di perihatin2009@yahoo.com
Sekian terima kasih