Sunday 27 September 2009

Lenggong - Warga Emas perlu bantuan

Photobucket
LENGGONG - Sambutan Aidilfitri tidak bermakna buat pasangan suami isteri warga emas yang hidup dalam keadaan penuh kedaifan dan tanpa bekalan air bersih di Kampung Cherakoh, Durian Pipit dekat sini.

Tanpa dikurnia cahaya mata sepanjang 44 tahun perkahwinan, Bidin Mat, 91, dan Rafeah Karim, 67, menghabiskan sisa-sisa hidup mereka di sebuah rumah usang di tebing Tasik Raban.

Tambah menyedihkan, sejak lebih setahun lalu, penglihatan Bidin telah hilang dipercayai akibat masalah katarak mata dan dia kini terlantar sakit hampir sepanjang masa.

Rafeah berkata, oleh kerana keuzuran suaminya, mahu atau tidak beliau terpaksa mengerahkan tenaga tuanya untuk mencari rezeki demi sesuap nasi.

"Saya mengambil upah menoreh di kebun getah milik penduduk kampung dan dapatlah kira-kira RM200 sebulan.

"Biasanya minta tolong jiran-jiran beli barang keperluan sebab kami tiada kenderaan dan kedai jauh pula," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cherakoh baru-baru ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati bumbung rumah yang didiami pasangan warga emas itu sejak lebih 30 tahun lalu banyak berlubang selain tidak mempunyai tandas kumbahan dan bekalan air bersih.

Menurutnya, selain menadah air hujan, dia juga menimba air tasik berhampiran untuk digunakan sebagai kegunaan harian seperti memasak, membersihkan diri dan beribadat.

Rafeah juga mendakwa didatangi beberapa pengawai Jabatan Kebajikan Masyakarat (JKM) kira-kira setahun lalu namun sehingga kini masih tiada sebarang bantuan dihulurkan.

"Mereka datang buat soal selidik dan ambil gambar kami dan rumah ini. Lepas itu terus senyap sampai sekarang," katanya.

Wallhualam

Oleh MOHD.AZLI ADLAN

Tuesday 15 September 2009

Cikgu oh Cikgu


Renung-renungkan lah.....

"Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.


Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”

Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu."

Tuesday 8 September 2009

PENCEGAHAN H1N1 ADALAH - Bawang Putih!!!


Terkejut???itulah pencegahan untuk H1N1 (bukan rawatan ye).Saya juga terkejut bila mengetahuinya. Dan yang lebih menarik ianya diakui oleh rakan Doktor ketika saya berbual tadi.

1.Bawang putih boleh meningkatkan kadar antibodi dalam badan.
2.Bawang putih digunakan dalam ubat-ubatan pencegah selsema,anti-astimin(kira semua ubat berkaitan dengan paru-paru)jangkitan H1N1 kat paru-parukan?
3.Bawang putih adalah anti penularan penyakit...tak caya...kalau kena bisul,cuba potong bawang putih dan sapu getahnya kat bisul tadi,adakah dia akan menular? Jawapannya TIDAK!!!!Bisul akan kecut dan mati sendiri.
4.Kalau selsema,tumbuk bawang putih dan masukkan dalam air panas,kemudian hirup wapnya,selsema akan pulih...tak caya...cubala
5.Kalau bengkak2,ambil bawang putih hancurkan dalam minyak dan sapu kat tempat bengkak tadi...mujarabkan?

Sebenarnya banyak lagi kebaikkan bawang putih.Ia selalu dirahsiakan dari kita.

Saya ambil contoh disini...kalau anda pernah nampak bangsa asing memasak(masak BABI contohnya)kenapa begitu banyak bawang putih dimasukkan.Kalau rancangan masakkan luar negara,kenapa bawang putih adalah salah satu yang utama dan begitu banyak digunakan?

Jadi kat sini saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang cara rawatannya

1.Bakar satu labu bawang putih,bila dah lembik keluarkan isinya, hancurkan dan masukkan dalam sup atau bahan berkuah
2.perbanyakan penggunaan bawang putih dalam masakan
3.Ambil tablet atau kapsul bawang putih yang dijual di farmasi di seluruh negara...mesti ada sebab kenapa ianya dijualkan.
4.dan kalau boleh amalkan selalu penggunaanya.

Saya ingin sama2 berkongsi apa yang saya tahu,jika ada salah silap pohon ampun dan maaf,Jika fakta yang diberi tidak betul,jangan la saman saya.Tak salah kita mencubanya.Insya-Allah

Tolong Sebarkan...semoga Allah merestui kita...amin

Saturday 5 September 2009

Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2010

Para pelajar Tingkatan 3 yang berminat untuk memasuki Tingkatan 4 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah dipelawa untuk membuat permohonan sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan sebanyak 57 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 4.
Aliran

Ketika ini ada sebanyak 57 buah SBP di seluruh negara dengan pelbagai kombinasi aliran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama dan Teknikal untuk pelajar Tingkatan 4. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran. Ketika ini ada 54 buah SBP menawarkan aliran Sains Tulen, 15 buah SBP menawarkan aliran Sains Tulen Agama, 1 buah SBP menawarkan aliran Agama dan 27 buah SBP menawarkan aliran Teknikal di seluruh negara.
Pakej Mata Pelajaran

Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;

Aliran Sains Tulen (ST)
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam/ Moral, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, EST(pilihan)

Aliran Sains Tulen Agama (STA)
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi,Matematik Tambahan, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah.

Aliran Agama (A)
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Matematik Tambahan

Aliran Sains Teknikal (T)
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam/ Moral, Fizik, Kimia, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, EST(pilihan)
Permohonan

* Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.
* Borang Permohonan ini hendaklah dicetak dan mesti ditandatangani oleh pemohon dan dihantar kepada Pengetua untuk disahkan. Pihak sekolah akan menghantar borang yang telah disahkan kepada PPD atau JPN.

Maklumat

* Sila kunjungi Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 4 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.
* Sila semak Senarai SBP untuk mengetahui SBP dan aliran yang ditawarkan.

Tarikh Tutup

Permohonan untuk ke Tingkatan 4 SBP 2010 akan ditutup pada 15 Oktober 2009.

sumber: eputra