Saturday 5 September 2009

Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2010

Para pelajar Tingkatan 3 yang berminat untuk memasuki Tingkatan 4 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah dipelawa untuk membuat permohonan sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan sebanyak 57 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 4.
Aliran

Ketika ini ada sebanyak 57 buah SBP di seluruh negara dengan pelbagai kombinasi aliran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama dan Teknikal untuk pelajar Tingkatan 4. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran. Ketika ini ada 54 buah SBP menawarkan aliran Sains Tulen, 15 buah SBP menawarkan aliran Sains Tulen Agama, 1 buah SBP menawarkan aliran Agama dan 27 buah SBP menawarkan aliran Teknikal di seluruh negara.
Pakej Mata Pelajaran

Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;

Aliran Sains Tulen (ST)
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam/ Moral, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, EST(pilihan)

Aliran Sains Tulen Agama (STA)
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi,Matematik Tambahan, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah.

Aliran Agama (A)
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Matematik Tambahan

Aliran Sains Teknikal (T)
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam/ Moral, Fizik, Kimia, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, EST(pilihan)
Permohonan

* Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.
* Borang Permohonan ini hendaklah dicetak dan mesti ditandatangani oleh pemohon dan dihantar kepada Pengetua untuk disahkan. Pihak sekolah akan menghantar borang yang telah disahkan kepada PPD atau JPN.

Maklumat

* Sila kunjungi Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 4 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.
* Sila semak Senarai SBP untuk mengetahui SBP dan aliran yang ditawarkan.

Tarikh Tutup

Permohonan untuk ke Tingkatan 4 SBP 2010 akan ditutup pada 15 Oktober 2009.

sumber: eputra

No comments:

Post a Comment