Wednesday 19 August 2009

Barah Otak- Adik ini perlu bantuan


Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKKKP), PAS Kawasan Kubang Pasu dengan kerjasama badan bukan kerajaan (Ngo) iaitu Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) akan menggerakkan usaha mengumpul dana bagi membiayai kos rawatan adik Muhammad Qawiem Ad-Din, 3 tahun yang menghidap sakit barah otak.

Menurut Setiausaha LKKKP, Hj Hashim Abu bahawa, pihaknya telah ditemui oleh ibubapa serta kanak-kanak (Muhammad Qawiem) yang menghidap barah otak di pejabat Pembela awal minggu ini memohon sumbangan pembiayaan rawatan kerana tidak lagi mampu untuk disediakan.

Sehubungan itu, LKKKP kerjasama Pembela akan melancarkan kutipan dana tersebut bermula hari ini (18 Ogos) selama 10 hari untuk diserahkan kepada waris kanak-kanak tersebut yang akan mengadakan siri rawatan sehingga 5 tahun.

Hj. Hashim berkata, pihaknya rasa terpanggil mengambil inisiatif mencari sumber kewangan bagi membantu membiayai kos rawatan adik Muhammad Qawien Ad-Din yang menghidap barah otak, memandang ibubapanya tidak mampu menyediakan dana yang mencukupi untuk menampung kos rawatan kanak-kanak tersebut”.

“Usaha yang dilakukan ini adalah di atas kesedaran, juga melaksanakan tanggungjawab kemanusiaan ke atas mana-mana individu yang ditimpa masalah seperti kanak-kanak tersebut, katanya.

Katanya lagi, bapa kepada kanak-kanak tersebut juga memaklumkan kepada pihaknya bahawa masalah kesihatan yang dihidapi oleh anaknya adalah amat serius dan perlu mendapatkan rawatan segera dan intensif selama 5 tahun dan kos rawatan perlu disediakan sendiri”.

Sementara itu, bapa kepada Muhammad Qawiem iaitu Ridzuan Musa berkata, anaknya mula diketahui menghidap barah otak setelah membuat pemeriksaan dan rawatan dari pihak Hospital Sultanah Bahiyah (HBS) Alor Setar pada pertengahan Julai tahun ini.

“Apabila mendapat tahu bahawa anak saya menghidap barah otak… pihak HBS telah memindahkan kes anak saya ke Hospital Besar Pulau Pinang (HBPP) bahagian Pakar Pembedahan Otak untuk membuat rawatan lanjut, katanya.

Katanya, setiap kali menjalani rawatan di HBPP, saya kena menyediakan sejumlah wang bagi menampung kos rawatan tersebut…. pendapatan saya hanya sekitar RM 800 sebulan”.

“Pendapatan saya kecil dan tak cukup.. wang gaji tersebut juga digunakan untuk menyara makan-minum serta persekolahan tiga orang anak lagi, katanya kepada wakil LKKKP dan Pembela di Jitra.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden Pembela, Mohd Dzohir Hamid yang ditemui di pejabatnya berkata, pihaknya akan melancarkan kutipan derma dengan LKKKP bermula 18 Ogos bagi membantu kanak-kanak tersebut”.

“Kutipan derma tersebut akan di buat dalam pelbagai bentuk seperti jualan kupon jamuan berbuka puasa, berkerjasama dengan pihak masjid membuat kutipan kilat ketika solat Jumaat, di samping akan mengutip dari orang ramai di tempat-tempat awam, katanya.

Dzohir berkata, “Insya allah semua kutipan sumbangan orang ramai akan diserahkan kepada ibubap dan kanak-kanak tersebut pada 28 Ogos (7 Ramadhan) depan.

Oleh itu, mana-mana individu yang ingin membantu meringgan bebanan yang ditanggung oleh ibupada kanak-kanak barah otak tersebut boleh menghubungi di talian (019-4980230 / 019-4106863) ataupun berurusan terus dengan Ridzuan Musa bapa kepada kanak-kanak tersebut di talian ( 013-505 8847 ).atau boleh terus masukkan sumbangan anda ke no Akaun Maybank : 152068705183 di atas nama NORHASRINA BT MOHD NOR --

Monday 10 August 2009

Apa tema hari Kemerdekaan tahun ini?


Sambutan Hari Merdeka 2009 kali ini akan berlangsung dalam bulan Ramadhan dan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Difahamkan ini adalah pertama kalinya sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan di dalam stadium. Tema hari kemerdekaan ke 52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia

Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Sementara itu logo 1 Malaysia ini dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.

Lirik Lagu 1 Malaysia

Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

Video Lagu 1 Malaysia



Lagu ini boleh juga dimuat turun di Lagu 1 Malaysia.

Pelbagai acara akan diadakan selama sebulan sempena sambutan kemerdekaan akan diisi dengan pelbagai kegiatan yang akan bermula dari 12 Ogos hingga 10 Oktober. Sambutan yang dipanggil Bulan Kemerdekaan ini akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada 12 Ogos dan berakhir di Kuching, Sarawak pada 10 Oktober dengan perayaan Hari Malaysia.

Tema, logo dan lagu bagi sambutan kemerdekaan ke 52 ini sebenarnya berasaskan slogan dan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

Saturday 8 August 2009

John 3:16 ... tahukah anda?


Pernahkah saudara semua terserempak dengan anak-anak muda kita yang memakai baju yang bertulis cop besar JOHN 3:16. Bila ditanya mereka tidak tahu apa maknanya. Mungkin nama kumpulan Rock, atau selebriti sukan atau hiburan kerana ianya dicop dengan cantik dan tiada logo agama lain atau menghina Islam.

John 3:16 adalah ayat daripada Bible yang sering digunakan di negara barat terutama di Amerika Syarikat yang bermaksud "Tuhan menyintai dunia ini dan dia megirimkan anak lelakinya (Isa), supaya semua orang yang percaya kepadanya tidak akan menemui kebinasaan dan akan menghayati hidup yang kekal abadi".

Tidakkah saudara semua merasa sedih atas apa yang berlaku, apakah sumbangan saudara dalam menyedarkan generasi Islam di Malaysia, sedangkan kita sendiri tidak berilmu untuk mengetahui mana yang benar mana yang salah ? Ayat John 3:16 ini boleh membawa kepada syirik yang besar (harap mereka yang arif dan bergelar ustaz membetulkan pendapat saya mengenai hukumya)

JOHN 3:16"For God so loved the world that he gave his only Son, so that everyone who believes in him will not perish but have eternal life.

Harap ambil lah iktibar..