Tuesday 28 July 2009

IBADAH PUASA - BUKAN SYAMPU RAMBUT 2 DALAM 1

Sudah tentu ramai yang telah mula menjalankan ibadat puasa sunat. Tidak kurang juga yang merancang untuk qadha’ puasa pada masa ini. Lagi-lagi sekarang bulan Syaaban, bolehlah dapat pahala puasa lebih kan. Sebenarnya boleh ke kita puasa qadha’+sunat sekaligus? Boleh ke tak? Artikel ni dipetik dari buku karangan Ustaz Hafiz Firdaus, beliau seorang juruterbang juga merangkap sebagai professional ustaz (PROTAZ). Beliau menegaskan ibadah puasa tidak boleh dengan suka hatinya digabung2kan.. Jom kita baca.


Terdapat pandangan yang amat masyhur di Malaysia yang membolehkan puasa 2 dalam 1, iaitu puasa qadha’ Ramadhan dan puasa sunat Syawal dilaksanakan dalam satu hari. Ramai agamawan yang menyampaikan petua ini tanpa apa2 dalil al-Quran dan al-Sunnah yang sahih.
Tidak kurang pula, ramai orang bukan agama yang menerima petua ini tanpa bertanya apakah dalil al-Quran dan al-Sunnah yang sahih yang membolehkannya. Mereka menjadikan persoalan ini semudah syampu 2 dalam 1. Padahal ia adalah satu persoalan y amat berat.

Prof Dr Hasbi al-Shiddieqie rahimahullah (1394H) menjelaskan:
Kemudian hendaklah diketahui bahawa mencampurkan niat puasa sunat dgn puasa fardhu yang lain atau dgn puasa sunat yang lain, maka puasanya TIDAK SAH, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat. Dalilnya ialah firman Allah, “Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dgn mengikhlaskan ibadat kepadaNya”. [al-Baiyinah 98:05]

Ikhlas yang dmaksudkan dalam firman Allah ini ialah mengikhlaskan amal ibadah yang disuruh dgn cara yang disuruh. Demikian menurut Imam Malik, al-Shafi’e dan Abu Sulaiman. Kemudian perhatikanlah pula hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim drpd A’isyah radhiallahu’anha bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yg mengamalkan sesuatu amal yg tidak ada atasnya tuntutan (ajaran) kami, maka amalnya itu tertolak.”

Maka sesiapa mencampur adukkan sesuatu amalan dengan amalan lain, bererti telah melakukan suatu amal yang tiada dilakukan oleh Rasul Allah s.a.w dan tidak dibenarkan oleh Allah s.w.t. Kerana itu, amalan sebegini tidak diterima.

RUJUKAN: AMALAN2 DI BULAN RAMADHAN, USTZ HAFIZ FIRDAUS, JAHABERSA

Friday 10 July 2009

Facebook Ciptaan YAHUDI ?

Tapak jaringan sosial, Facebook, Fb, dicipta pelajar jurusan psikologi gagal menamatkan pengajian di Universiti Harvard, Mark Zuckerberg pada 4 februari 2004. Hampir 5 tahun kemudian, kini Fb mempunyai lebih 175 juta pengguna berdaftar di seluruh dunia.

Hakikatnya, penggunaan Fb menjadi kegilaan masyarakat dunia, tidak kecuali Malaysia. Ahli politik, ahli perniagaan, artis, pelajar institusi pengajian tinggi, pekerja sektor swasta dan kerajaan, antara pengguna berhubung dan bertukar maklumat melalui Fb. Malah ramai jarang tidur malam kerana taksub ‘melayan’ Fb hingga awal pagi kemudian mengantuk di pejabat, mengurangkan produktiviti. Segelintir leka membuang masa bersembang kosong tetapi dilabel ‘berkomunikasi’, justeru perlakuan terbabit diterima ramai. Pada masa sama majoriti mendakwa memanfaatkan fb mengikut keperluan masing-masing.

Pagi tadi, saya mencari maklumat berhubung latarbelakang Zack, saya terbaca beberapa fakta berhubung individu ke 321 terkaya di dunia itu. Dia dilahirkan di New York, Amerika Syarikat. Ayah dan Ibunya, Edward dan Karen Zuckerberg berketurunan Yahudi. Maksudnya Mark Zuckerberg, Yahudi. Sekaligus Fb, ciptaan Yahudi.

Selama ini umat Islam di seluruh dunia memboikot barangan keluaran Yahudi, mengapa tidak Fb?
Tiba-tiba saya terkenang kekejaman Yahudi tidak berkesudahan di Gaza. Kanak-kanak tidak berdosa ditembak mati, nyawa wanita dan lelaki Islam tidak bermakna bagi kaum dilaknat.

Justeru, hari ini, Jumaat, 10 Julai 2009, saya secara rasmi memberhentikan semua bentuk penggunaan berhubung Facebook. Biarpun tindakan ini barangkali hanya meninggalkan sekelumit kesan kepada kaum Yahudi, itu sumbangan saya.

Apapun, tindakan saya berbentuk PERIBADI. Keputusan pengguna Fb lain, mungkin berbeza.

Wednesday 8 July 2009

Warna mempengaruhi 'mood' anda?


Seringkah Anda merasa tubuh kurang selesa? Bukan hanya tubuh, tetapi hati dan perasaan pun tidak selesa.

Hal sedemikan sering dipanggil “mood”. Tubuh Anda tidak sakit, tetapi tidak ada merasa untuk melakukan sesuatu. Jangan terburu-buru berpikir anda mempunyai penyakit. Jangan-jangan tubuh anda hanya kekurangan salah satu unsur warna saja.

Warna, sejak zaman Mesir Kuno memang sudah dipercayai mempunyai pengaruh yang besar pada tubuh (fizik, emosi, dan mental) manusia. Warna mempengaruhi aura tubuh sehingga jika tubuh berlebihan atau kekurangan salah satu warna, akan terjadi ketidakseimbangan tubuh yang akhirnya mempengaruhi mood dan kesihatan tubuh.

Menurut Gitta S van Engelen, pengamal terapi warna, warna memang mempunyai kekuatan untuk tubuh. Warna bukanlah ubat, tetapi ia bisa membantu proses penyembuhan sebuah penyakit lewat gelombang atau vibrasinya. Dalam buku Colour Therapy, Pengaruh Dan Kekuatan Warna Dalam Kehidupan dikatakan, terapi warna adalah penyembuhan sebuah penyakit dengan mengaplikasikan warna-warna yang tepat untuk penyembuhan dalam bentuk yang lebih efektif berbanding sinaran matahari.

Contoh sederhana bahawa warna sangat mempengaruhi tubuh jika seseorang masuk ke ruangan yang berwarna hitam kelam atau coklat tua. Tubuh dan pikiran orang itu tidak akan rasa berlama-lama di ruangan itu. Jika ada warna yang membuat tubuh dan fikiran merasa tidak selesa/sedap, tentu ada kombinasi warna lain yang boleh membuat orang merasa rileks dan tenang.

Terapi Warna Menyeimbangkan Aura Tubuh
Warna mempengaruhi setiap orang, walau apa pun isinya. Oleh kerana itu terapi warna juga boleh diterapkan pada kanak-kanak dengan keperluan khusus seperti sindrom down, autis, kanak-kanak dengan kecerdasan di bawah normal, disleksia, kanak-kanak kesulitan untuk belajar dan sebagainya.

“Penggunaan terapi warna sangat membantu anak-anak untuk menyalurkan marahnya. Mereka mengamuk kerana orang lain tidak mengerti apa yang mereka inginkan. Jika mereka terlatih untuk menjalani terapi warna sendiri, mereka boleh menghilangkan rasa marah itu dengan menyerap warna tertentu,” kata Gitta yang mempraktikkan terapi warna di sekolah International Center for Special Children in Education, Jakarta Selatan.

Aura kanak-kanak dengan keperluan khusus biasanya tidak seimbang. Aura mereka cenderung berwarna hitam. Namun setiap kanak-kanak mempunyai peningkatan kecenderungan yang berbeza.

“Terapi warna tidak boleh diberikan kepada seluruh murid sekaligus kerana keperluan mereka berbeza-beza. Biasanya saya melakukan bertanya dulu, baru menentukan warna apa yang mereka perlukan pada saat itu. Sebaiknya sebelum melakukan terapi warna, bincang dulu dengan ahli terapi warna untuk menentukan warna apa yang tubuh kita perlukan,” jelas Gitta.

MENENTUKAN warna yang diperlukan memang sebaiknya dilakukan oleh ahli terapi warna. Namun seseorang boleh medapatkan sendiri warna yang diperlukan. Yang perlu diingat, tubuh memiliki tujuh buah cakra yang sangat dipengaruhi oleh warna.

Dalam buku Colour Teraphy ditulis:

Warna merah - berhubungan dengan cakra dasar yang mempengaruhi kecergasan, kekuatan, seksualiti, dan kesedaran. Merah boleh mengatasi anemia, kekurangan tenaga, mati pucuk, tekanan darah rendah, penyakit kulit, dan jangkitan saluran kencing.

Warna Jingga - berhubungan dengan cakra limpa yang mengatur sirkulasi dan metabolisme. Warna ini juga berhubungan dengan kegembiraan dan keceriaan.

Kuning - berhubungan dengan dengan cakra solar plexus yang mempengaruhi intelektual dan mengambil keputusan. Warna kuning juga boleh mengawal konsentrasi haid.

Hijau - berhubungan dengan cakra jantung. Hijau adalah warna penyembuh kerana ia menyeimbangkan dan menstabilkan tenaga tubuh.

Biru - berhubungan dengan cakra kerongkong. Warna ini sangat menenangkan dan sangat baik untuk insomnia, melegakan bawah pinggang , asma, dan migran.

Ungu - merupakan warna cakra mahkota dan berhubungan dengan tenaga dari fungsi fikiran tertinggi . Warna ini membantu meningkatkan rasa percaya diri, mengurangi rasa tidak berdaya, serta mengubati kelainan mental dan saraf.

Hitam - sering dikaitkan untuk menekan nafsu makan. Bagi yang ingin mengurangi berat badan, pakailah lapik berwarna hitam untuk meja makan.

Terapi warna boleh dilakukan sendiri dengan berbagai cara, lakukan maksima empat kali seminggu. lakukan selama lima hingga 10 minit setiap kali terapi, bergantung yang diperlukan. Gitta mengingatkan, jika rasa sudah tidak sedap, segera hentikan kerana bererti tubuh sudah cukup menerima warna itu. Namun jika tubuh masih merasa rileks dan sedap, terapi boleh diteruskan sampai tubuh merasa cukup.

Cara terapi warna sangat banyak. Kita boleh menggunakan ruangan kecil dengan lampu berwarna. Di ruangan itu kita tidur dengan santai sambil mendengar muzik yang sesuai. Jika perlu, biarkan kulit terbuka tanpa penutup agar penyerapan warna lebih banyak.

“Jika ukuran bilik hanya 2×3 meter, cukup menggunakan lampu ukuran lima hingga 15 watt. Tetapi jika ruangannya besar, gunakan besaran watt yang lebih tinggi. Namun sinarannya harus dipantulkan dulu agar tidak terlalu cepat sampai ke kulit,” kata Gitta.

Selain itu, orang juga boleh memegang benda dengan warna yang kita perlukan, termasuk memakai baju dengan warna-warna yang diperlukan.

“Walau tidak secepat sinar, gelombang warna yang ada pada baju mampu merembat masuk melalui kulit. Jadi kalau kita ingin merasa berani, pakailah baju warna merah. Bila mahu wawancara pakailah baju warna biru, kerana biru melancarkan komunikasi. Sedangkan warna hitam bisa meningkatkan rasa percaya diri.

Friday 3 July 2009

Tektik Baru Penyeluk Saku Malaysia


KUALA LUMPUR: Sekumpulan geng seluk saku dikesan menggunakan taktik terbaru dengan menyamar seperti orang kurang siuman apabila sengaja mencabut kasut dipakai mangsa bagi mengaburi niat jahat mereka.

Suspek yang bergerak antara dua hingga tiga orang dalam satu kumpulan itu akan sengaja mencabut kasut mangsa sebelum rakan yang lain ditugaskan menyeluk dompet duit dari saku mangsa ketika mangsa sedang tunduk untuk memakai semula kasut yang ditanggalkan.

Dalam kejadian jenayah terbaru petang semalam, seorang pelancong asing dari Sudan menjadi mangsa apabila diperdaya sekumpulan penyeluk saku ‘geng kasut’ terbabit yang menjadikan mangsa sebagai sasaran ketika berada di dalam bas.

Sumber polis berkata, ketika kejadian, mangsa yang juga seorang jurutera petroleum berusia 56 tahun menaiki bas untuk menikmati keindahan ibu kota kira-kira jam 4.40 petang bersama keluarganya.

Difahamkan kejadian terbabit berlaku ketika mangsa bersama ahli keluarganya menaiki sebuah bas dari bangunan KLCC, Jalan Ampang ke China Town, Jalan Petaling, di sini

Sumber polis berkata, kira-kira lima minit selepas menaiki bas berkenaan, tiba-tiba muncul seorang lelaki mendekati mangsa sebelum tiba-tiba tunduk dan membuka kasut mangsa.

“Mangsa yang ketika itu sedang duduk, terkejut apabila lelaki terbabit dengan selamba menanggalkan kasutnya tanpa berkata apa-apa.

“Mangsa yang terkejut dengan perilaku aneh lelaki berkenaan kemudian tunduk untuk memakai semula kasutnya yang tertanggal berkenaan di lantai bas,” katanya.

Menurutnya, ketika itulah mangsa terasa poket belakang seluarnya seperti diseluk seseorang menyebabkan mangsa terkejut dan cuba memeriksa dompet duitnya.

“Tidak sampai beberapa saat selepas itu, mangsa terpinga-pinga apabila mendapati dompet duitnya hilang.

Sumber: Metro