Tuesday 28 July 2009

IBADAH PUASA - BUKAN SYAMPU RAMBUT 2 DALAM 1

Sudah tentu ramai yang telah mula menjalankan ibadat puasa sunat. Tidak kurang juga yang merancang untuk qadha’ puasa pada masa ini. Lagi-lagi sekarang bulan Syaaban, bolehlah dapat pahala puasa lebih kan. Sebenarnya boleh ke kita puasa qadha’+sunat sekaligus? Boleh ke tak? Artikel ni dipetik dari buku karangan Ustaz Hafiz Firdaus, beliau seorang juruterbang juga merangkap sebagai professional ustaz (PROTAZ). Beliau menegaskan ibadah puasa tidak boleh dengan suka hatinya digabung2kan.. Jom kita baca.


Terdapat pandangan yang amat masyhur di Malaysia yang membolehkan puasa 2 dalam 1, iaitu puasa qadha’ Ramadhan dan puasa sunat Syawal dilaksanakan dalam satu hari. Ramai agamawan yang menyampaikan petua ini tanpa apa2 dalil al-Quran dan al-Sunnah yang sahih.
Tidak kurang pula, ramai orang bukan agama yang menerima petua ini tanpa bertanya apakah dalil al-Quran dan al-Sunnah yang sahih yang membolehkannya. Mereka menjadikan persoalan ini semudah syampu 2 dalam 1. Padahal ia adalah satu persoalan y amat berat.

Prof Dr Hasbi al-Shiddieqie rahimahullah (1394H) menjelaskan:
Kemudian hendaklah diketahui bahawa mencampurkan niat puasa sunat dgn puasa fardhu yang lain atau dgn puasa sunat yang lain, maka puasanya TIDAK SAH, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat. Dalilnya ialah firman Allah, “Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dgn mengikhlaskan ibadat kepadaNya”. [al-Baiyinah 98:05]

Ikhlas yang dmaksudkan dalam firman Allah ini ialah mengikhlaskan amal ibadah yang disuruh dgn cara yang disuruh. Demikian menurut Imam Malik, al-Shafi’e dan Abu Sulaiman. Kemudian perhatikanlah pula hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim drpd A’isyah radhiallahu’anha bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yg mengamalkan sesuatu amal yg tidak ada atasnya tuntutan (ajaran) kami, maka amalnya itu tertolak.”

Maka sesiapa mencampur adukkan sesuatu amalan dengan amalan lain, bererti telah melakukan suatu amal yang tiada dilakukan oleh Rasul Allah s.a.w dan tidak dibenarkan oleh Allah s.w.t. Kerana itu, amalan sebegini tidak diterima.

RUJUKAN: AMALAN2 DI BULAN RAMADHAN, USTZ HAFIZ FIRDAUS, JAHABERSA

No comments:

Post a Comment