Monday 27 April 2009

Cara Rujukan ke Klinik Mata/Oftalmologi Kerajaan


Jika anda mahukan surat rujukan daripada pusat optometris, mereka memang boleh menyediakannya untuk anda. Surat rujukan itu mungkin boleh diterima oleh klinik-klinik swasta tetapi tidak di hospital kerajaan.

Jika anda mahu mendapatkan pemeriksaan dari oftalmologi dan optometris, maka sila ikut arahan di bawah :

1. Sila dapatkan pemeriksaan di klinik kesihatan atau hospital daerah di Jabatan Pesakit Luar
2. Dapatkan surat rujukan daripada doktor yang merawat anda. Sekiranya mata anda mengalami kesakitan, maka surat itu haruslah ditujukan kepada oftalmologis tetapi jika anda hanya ingin mendapatkan kuasa mata anda, maka surat itu haruslah ditujukan kepada optometris
3. Sebaiknya dapatkan nombor telefon hospital yang mempunyai Jabatan Mata Oftalmologi
4. Hubungi klinik berkenaan untuk bertanya hari apakah yang sesuai untuk anda kunjungi bagi membuat pemeriksaan
5. Jangan lupa untuk bertanya sama ada anda sesuai untuk membuat sepasang kaca mata baru atau tidak. Jika ya, maka kini anda boleh mengunjungi pusat optometri berdekatan anda. Jika tidak, dapatkanlah dulu rawatan yang sesuai untuk mata anda sebelum membuat sepasang kaca mata baru.

No comments:

Post a Comment